24
Komen

Buka aib sendiri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, terima kasih kepada kawan-kawan yang komen pada entry lepas :) Alhamdulillah, Allah anugerahkan sahabat yang prihatin dengan keadaan diriku. Hehe ^___^

Okay, cerita tentang buka aib sendiri. Apa cer tuu? Boleh ke kita buka aib kita depan kawan-kawan? Eh kejap-kejap. Aib tu apa? Okay. Aib itu adalah sesuatu, atau perkara, mahupun kesilapan yang kita lakukan yang membawa malu terhadap diri sendiri. Haha. Boleh terima ke apa aku cakap ni? Grrr =,=  Tapi kalau menurut kamus dewan online, aib tu bermaksud berasa malu atau hina oleh sebab sesuatu yang tidak sopan. So, faham tak? Heee~ Aib ni elok ke kawan-kawan? Jawapan? Of course TIDAK. Sebab aib ni boleh menjatuhkan maruah seseorang, merendahkan kedudukannya di mata kawan-kawannya. Dan pada masa yang sama, boleh menjatuhkan nama baik keluarganya. Ish ish ish. Betapa hebat dan buruknya aib itu kan? 

Berbicara mengenai membuka aib sendiri. Apa pendapat kawan-kawan mengenainya? Dibolehkan ataupun tidak? Rasanya tak perlulah terlalu jujur dengan kawan-kawan. Oppss. Jujur itu tak salah, sangat digalakkan. Tetapi jangan TERLALU JUJUR sehingga menceritakan keaiban diri sendiri kepada orang lain. Bukan ke dalam doa duduk antara dua sujud, kita ada berdoa. "Wajburni" yang bermaksud, tutuplah aib-aibku. See, kita dan minta, berdoa pada Allah, minta tolong tutupkan aib-aib kita. Dan Allah perkenankan doa kita. Tapi kenapa lepas tu kita nak ceritakan kejahatan, keburukan yang telah kita lakukan kepada kawan-kawan kita? Think about it. Sebenarnya ada beberapa keburukan yang akan kita peroleh selepas menceritakan aib kita kepada orang lain.

1. Orang tersebut membuka aib kita pada kawannya.
-Yeah,hal ini memang tidak boleh dinafikan. Kadangkala tu, kita terlalu percaya dengan kawan kita sehinggakan semua rahsia kita nak diberitahu pada kawan kita tu. Percaya, memang boleh. Tetapi jangan terlalu mempercayai seseorang tu. Bukan suruh bersangka buruk. TIDAKLAH. Cuma manusia ni tidak pernah lepas daripada sifat alpa, dan melakukan kesalahan. Kita bersangka baik jelah. Mana tahu satu hari nanti, kawan kita tu, TERLEPAS CAKAP tentang aib kita dengan kawan-kawannya yang lain. Tak ke naya?

2. Merendahkan kedudukan kita di hadapan kawan-kawan.
-Mula-mula tu kawan kita ingat kita ni baiklah. Tapi lepas kita bagitahu tentang keburukan yang telah kita lakukan, dia mula berprasangka buruk dengan kita. Cop kita ni teruklah, perangai tak senonoh dan lain-lain. Memang tak semua akan buat macam ni, tapi kebanyakannya macam ni. Memikirkan kita ni seperti sempurna, tidak melakukan kesalahan, tetapi apabila melakukan kesilapan, mulalah fikir bukan-bukan. Nau'zubillah. Minta kita semua dijauhkan~

3. Mula berasa malu untuk bersosial
-Apabila telah menceritakan keburukan diri kepada orang lain, kita pun mulalah berasa malu nak tegur kawan-kawan kita tu. Rasa segan. Rasa diri tak perfect. 'Dorang dah tahu keburukan aku...malunya'

Macam tu lah lebih kurang. Maaf, ini penilaian dan pendapat aku. Dan rasanya pendapat kawan-kawan pun mesti ada kan? Kalau kurang bertepatan dengan pendapat aku, minta maaf ya? Membuka aib diri sendiri dengan kawan-kawan memang sangat tidak digalakkan. Selain daripada sebab di atas, keburukan yang lain adalah mungkin kawan kita itu akan meniru kesalahan yang kita lakukan. Terpengaruh. Sebab remaja mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran. Terutamanya dengan rakan-rakannya. Yeah, I'm a teenager and I know it. 


"Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat." (HR Ahmad).


And for those who makes mistake in their past life, lets repent. InsyaAllah, Allah will help us to get out from the world full with sins. Sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan permudahkan baginya dan menghadirkan orang-orang yang inginkan kebaikan dalam hidupnya. InsyaAllah. Ad dua silahul mukmin. Doa senjata orang mukmin. Rajin-rajinkan berdoa dan minta kawan-kawan sama-sama mendoakan perubahan kita ke arah kebaikan. Kawan-kawan tolong doakan sama ya?  

Oh, lupa. Apa pula pendapat kawan-kawan tentang menceritakan aib sendiri? Sila share pendapat kawan-kawan di ruangan kotak komen. Sekiranya ada kesilapan dalam penulisan aku kali ini, minta tolong betulkan ye? Terima kasih. Aku menulis bukan kerana ingin mencari nama tetapi aku menulis kerana inginkan kebenaran. Kita semua datang daripada latar belakang yang berbeza tetapi kita semua menuju ke arah yang sama ; mencari kebaikan dan reda Ilahi :)



Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...