24
Komen

Buka aib sendiri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, terima kasih kepada kawan-kawan yang komen pada entry lepas :) Alhamdulillah, Allah anugerahkan sahabat yang prihatin dengan keadaan diriku. Hehe ^___^

Okay, cerita tentang buka aib sendiri. Apa cer tuu? Boleh ke kita buka aib kita depan kawan-kawan? Eh kejap-kejap. Aib tu apa? Okay. Aib itu adalah sesuatu, atau perkara, mahupun kesilapan yang kita lakukan yang membawa malu terhadap diri sendiri. Haha. Boleh terima ke apa aku cakap ni? Grrr =,=  Tapi kalau menurut kamus dewan online, aib tu bermaksud berasa malu atau hina oleh sebab sesuatu yang tidak sopan. So, faham tak? Heee~ Aib ni elok ke kawan-kawan? Jawapan? Of course TIDAK. Sebab aib ni boleh menjatuhkan maruah seseorang, merendahkan kedudukannya di mata kawan-kawannya. Dan pada masa yang sama, boleh menjatuhkan nama baik keluarganya. Ish ish ish. Betapa hebat dan buruknya aib itu kan? 

Berbicara mengenai membuka aib sendiri. Apa pendapat kawan-kawan mengenainya? Dibolehkan ataupun tidak? Rasanya tak perlulah terlalu jujur dengan kawan-kawan. Oppss. Jujur itu tak salah, sangat digalakkan. Tetapi jangan TERLALU JUJUR sehingga menceritakan keaiban diri sendiri kepada orang lain. Bukan ke dalam doa duduk antara dua sujud, kita ada berdoa. "Wajburni" yang bermaksud, tutuplah aib-aibku. See, kita dan minta, berdoa pada Allah, minta tolong tutupkan aib-aib kita. Dan Allah perkenankan doa kita. Tapi kenapa lepas tu kita nak ceritakan kejahatan, keburukan yang telah kita lakukan kepada kawan-kawan kita? Think about it. Sebenarnya ada beberapa keburukan yang akan kita peroleh selepas menceritakan aib kita kepada orang lain.

1. Orang tersebut membuka aib kita pada kawannya.
-Yeah,hal ini memang tidak boleh dinafikan. Kadangkala tu, kita terlalu percaya dengan kawan kita sehinggakan semua rahsia kita nak diberitahu pada kawan kita tu. Percaya, memang boleh. Tetapi jangan terlalu mempercayai seseorang tu. Bukan suruh bersangka buruk. TIDAKLAH. Cuma manusia ni tidak pernah lepas daripada sifat alpa, dan melakukan kesalahan. Kita bersangka baik jelah. Mana tahu satu hari nanti, kawan kita tu, TERLEPAS CAKAP tentang aib kita dengan kawan-kawannya yang lain. Tak ke naya?

2. Merendahkan kedudukan kita di hadapan kawan-kawan.
-Mula-mula tu kawan kita ingat kita ni baiklah. Tapi lepas kita bagitahu tentang keburukan yang telah kita lakukan, dia mula berprasangka buruk dengan kita. Cop kita ni teruklah, perangai tak senonoh dan lain-lain. Memang tak semua akan buat macam ni, tapi kebanyakannya macam ni. Memikirkan kita ni seperti sempurna, tidak melakukan kesalahan, tetapi apabila melakukan kesilapan, mulalah fikir bukan-bukan. Nau'zubillah. Minta kita semua dijauhkan~

3. Mula berasa malu untuk bersosial
-Apabila telah menceritakan keburukan diri kepada orang lain, kita pun mulalah berasa malu nak tegur kawan-kawan kita tu. Rasa segan. Rasa diri tak perfect. 'Dorang dah tahu keburukan aku...malunya'

Macam tu lah lebih kurang. Maaf, ini penilaian dan pendapat aku. Dan rasanya pendapat kawan-kawan pun mesti ada kan? Kalau kurang bertepatan dengan pendapat aku, minta maaf ya? Membuka aib diri sendiri dengan kawan-kawan memang sangat tidak digalakkan. Selain daripada sebab di atas, keburukan yang lain adalah mungkin kawan kita itu akan meniru kesalahan yang kita lakukan. Terpengaruh. Sebab remaja mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran. Terutamanya dengan rakan-rakannya. Yeah, I'm a teenager and I know it. 


"Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat." (HR Ahmad).


And for those who makes mistake in their past life, lets repent. InsyaAllah, Allah will help us to get out from the world full with sins. Sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan permudahkan baginya dan menghadirkan orang-orang yang inginkan kebaikan dalam hidupnya. InsyaAllah. Ad dua silahul mukmin. Doa senjata orang mukmin. Rajin-rajinkan berdoa dan minta kawan-kawan sama-sama mendoakan perubahan kita ke arah kebaikan. Kawan-kawan tolong doakan sama ya?  

Oh, lupa. Apa pula pendapat kawan-kawan tentang menceritakan aib sendiri? Sila share pendapat kawan-kawan di ruangan kotak komen. Sekiranya ada kesilapan dalam penulisan aku kali ini, minta tolong betulkan ye? Terima kasih. Aku menulis bukan kerana ingin mencari nama tetapi aku menulis kerana inginkan kebenaran. Kita semua datang daripada latar belakang yang berbeza tetapi kita semua menuju ke arah yang sama ; mencari kebaikan dan reda Ilahi :)



Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

32
Komen

Belajarlah menerima

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hehe, copy paste dari FB je. Tapi suka ayat ni :)  Naikkan semangat pun boleh gak ni ! ^^


*Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat...

*Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana... 


*Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah kesabaranmu... 


*Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu ♥ 




^_^




Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

19
Komen

Wordless Wednesday 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera 














Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

18
Komen

Wanita : Aku punya satu cinta.

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Sumber : Tumblr :)






Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

16
Komen

Advice for us :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)








Cool, jangan panik, jangan kelam kabut.


Belajar dengan kawan yang berilmu akan menyebabkan dirimu selamat :)


Nak DUNIA
Perlukan ILMU


Nak AKHIRAT?
Perlukan ILMU



Nak KEDUA-DUANYA?
Perlukan ILMU



Belajar-belajar dan belajar untuk mendapatkan ILMU
ILMU itu diperoleh dengan BELAJAR :)


sumber : FB ^^




Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

12
Komen

Enam cara mengubati buruk sangka

Assalamualaikum dan salam sejahtera



"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujuraat, 49:12)


Setiap kita tidak lepas daripada berbuat kesalahan dan mengulangi kesilapan tersebut. Namun janganlah berasa diri kita teruk kerana itu hanya akan membuatkan kita berasa terganggu dan akan 'down' kan emosi kita. Apa akan berlaku jika emosi kita 'down'? Seluruh aktiviti, rancangan akan terganggu. Minda mengawal tubuh. Kita yang mengawal tubuh kita.


Merasa berdosa itu bagus. Perasaan itu akan membuatkan kita merasa ingin bertaubat dan memohon keampunan pada Ilahi. Perasaan berdosa itu merupakan satu anugerah daripada Ilahi buat hambaNya. Itu ketukan pada hati agar kembali menyembah Allah Yang Maha Agung. Itu tanda kasihNya terhadap kita.


Justeru, rebutlah peluang itu kerana hidayah itu merupakan anugerah terindah dariNya. 


Menyentuh sikit pada ayat Al-Quran di atas. Wahai sahabatku yang cantik, ayu, kacak, bergaya dan dikasihi Allah sekalian. Jauhilah berprasangka terhadap orang lain dan janganlah kita mengumpat tentang diri orang lain. Jauhi daripada mempunyai pemikiran yang buruk terhadap orang lain. Senang cerita begini, apa yang kita tak suka, atau tak mahu orang lain lakukan pada diri kita, maka janganlah kita melakukan hal tersebut kepada orang lain. Bagaimana kita ingin diri kita diperlakukan, begitulah juga kita harus lakukan kepada orang lain. Mudah bukan? Jaga hati kita. Jangan kotorkan hati kita.


''Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah dia itu adalah hati.''
Hadis Riwayat Bukhori


Berubah memang bukan mudah. Harus melalui pelbagai peringkat. Dan tak lupa juga, rintangan, halangan dan 'hadiah mulut' daripada orang sekeliling kita. Tetapi jangan kita lupa..


"Bermujahadah, berubah kepada baik memang pahit kerana syurga itu manis"


Step by step, nawaitu kerana Allah, insyaAllah berjaya ^_^


Kembali kepada tajuk utama. Enam cara mengubati buruk sangka. Panduan ini telah digariskan oleh Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur. Jom tengok cara-caranya ^_^



Berikut merupakan caranya :
 Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
 Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding kita.
 Jika bertemu orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
 Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
 Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin di suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang mereka lakukan.
 Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.


Moga kita sama-sama dapat berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah ^_^


"Manusia ni bila hati dia kotor, dia suka cerita buruk orang. Kalau hati dia bersih, dia tak suka cerita. Jadi, kita nak kenal hati kita kotor atau bersih, kita suka cerita buruk orang ataupun kita tumpang dengar. Kita boleh taulah kalau hati kita bersih atau kotor. ''
-Ustaz Azhar Idrus-





Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

16
Komen

Let the dzikir heals you :)

Assalamualaikum. Salam jumaat semua.
*note : this entry doesn't need an explanation. let the picture tells you :)




Which would you choose ?


Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

2
Komen

Hidup itu indah, jika?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai kawan-kawan :) Kabare? Wes mangen? Hehe.  Cakap jawa pulok ye? :D
Hari ni nak share satu gambar dengan kawan-kawan semua :)





Teruskan membaca :)








Hidup itu indah jikalau kita tahu menghargainya.

Menghargai macam mana tu? 


Hargai setiap detik , peluang, masa yang kita ada. Dapat bangun pagi, masih sempurna sifat, tiada cacat cela, maka ucaplah alhamdulillah. Dan baca jugalah 'Maha suci Engkau Ya Allah yang menghidupkan aku dari mati dan kepada Engkau aku kembali'. Doa bangun tidur tu :)

Dapat buat kerja rumah, dapat pergi kerja, dapat pergi sekolah, dapat memasak, dapat tengok tv, dapat baca buku, dapat online, semua, itu satu nikmat. Maka ucaplah Alhamdulillah :)

Dapat bergerak pun satu nikmat kan? Berjalan, bernafas, melihat, mendengar, dan sebagainya :) Alhamdulillah~

Ditimpa masalah? Oh, siapa yang tak pernah ada masalah dalam hidup kan? Tak cool lah kalau takde masalah. Haha. Sebab apa? Setiap masalah tu, ada hikmah di sebalik kejadiannya. Dan masalah itu juga merupakan suatu proses kematangan :) Jangan buntu dan menyesakkan dada anda dengan masalah yang anda hadapi. Ingatlah, sekiranya anda merasakan masalah anda itu berat, ramai lagi orang di luar sana yang mempunyai masalah yang lebih berat. Tapi yakinlah, setiap masalah yang dihadapi itu, mempunyai hikmah disebaliknya. Kadang-kadang masalah juga merupakan teguran daripada Allah SWT untuk kita kembali dekat padaNya. Siapa tahu kan? WallahuA'lam bissawab :)

''Cakap memanglah senang, tak rasa mana tahu ! Huh! ''

Memeylah~ lain orang lain masalah yang dihadapi. Tapi Allah SWT tahu kan apa yang anda rasa? Jadi, mengadulah padaNya :) Simple. Memang kita nampak Allah macam tak boleh nak bagi feedback, bagi nasihat, pujuk kita semua. Tapi percayalah. Cara Allah itu sangat halus. Allah datangkan musibah pada kita, datangkan kesedihan pada kita, tapi kelak Allah akan datangkan kebahagiaan yang tidak dijangka kepada kita. Allah punya cara tersendiri untuk menyampaikan khabar bahagia buat hambaNya. Makin kuat kita beriman, makin kuat dugaan yang kita perlu hadapi. Belajarlah untuk reda dengan ketentuan Allah. Belajar bersabar dengan dugaan yang diterima. Belajar ikhlas menerima segala ketentuan Allah. InsyaAllah segalanya akan tampak indah :)


Kadangkala Allah hilangkan matahari 




Dia datangkan guruh dan kilat





Puas kita mencari mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi :)




Hebatkan aturan Allah ? :)


Rakan-rakan yang dikasihi, comel, cantik, cute, ayu, kacak, bergaya sekalian , entry kali ini diakhiri dengan petikan ayat yang dijumpai dari FB.

Jika saat ini 
Kamu sedang tersenyum. Semoga senyuman mu itu menjadi ibadah.
Kamu sedang marah. Semoga kemarahanmu tidak melampaui batas.
Kamu sedang sedih. Semoga kesedihanmu itu mampu menghidupkan hati dan jiwa.
Kamu sedang sedih. Semoga kesedihanmu itu mampu menjadi menggugur dosa.
Semoga apa yang kamu lakukan hari ini, jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu.
Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidupmu selalu.

Amin Amin Ya Rabbal A'lamin.



*maaf bagi entry macam ceramah pula. aku bukan baik sangat :') tapi sekadar peringatan bersama.


Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

4
Komen

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM

Assalamualaikum. Kawan-kawan, ni entry yang saya jumpa di FB. Moh kita baca.




Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu:



“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)




Apa-apa perbuatan berhias diri dengan melampau maka ia DIHARAMKAN dalam Islam.




Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.




Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.




WallahuA’lam

Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...