0
Komen

Terkeliru?

Senyum. Tak perlu kata apa-apa.

Tipu! Aku rasa hipokrit semacam. 

Dunia.. mana satu arah tujuku. Antara dua perkara.

"Jangan pernah lupa, kita ni orang Melayu, orang Islam. Apa-apa pun, reda ibu bapa itu penting"

Keluh. Hhhmmpphh. Tapi bagaimana dengan perasaan aku? Siapa rasa? Siapa boleh pikul sama? Alahaiii. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Siapa sangka perkara yang dibenci kini menjadi perkara yang dinanti-nantikan?

Huummmmmhhhhhh. Kosong. 

"Ingat tak? Setiap kejadian ada hikmah. Mana tau benda kita tak suka ni lebih baik untuk kita?"

Ye! Awak cakap memang mudah! Bukan awak yang merasa. Saya ni separuh mati menahan rasa seksa yang teragung-agung dahsyat!

Kaki menguis-nguis pasir di kaki. Sebanyak mana pasir di kaki, lebih lagi penderitaan aku. Ceewaaahh! Bermadah pula kau ya!

Hhhhmmmpphh. Siapa yang boleh faham aku?

"Lupa ke? Allah Yang Maha Melihat, Yang Maha Memahami?

Air mata mula bergenang. Dada terasa sebak. Mata mula mengecil. Menunduk. Hiba.

"Sekalipun tiada yang memahami, sekalipun apa yang perlu kita lakukan bertentangan dengan apa yang kita inginkan, ingatlah, semuanya ada hikmah. Telanlah dan terimalah biarpun pahit. Tersenyumlah dan yakinlah dengan Allah"



Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

2
Komen

Kau kena ingat.

Tenang. Sila tarik nafas. 

"Allah takkan uji kita melebihi kemampuan diri"

Hhmmpphh. Berat dugaan ini. Tapi kenapa?

"Ingat, ujian yang kita terima tak melebihi kemampuan kita"

"Anda mampu mengubahnya"

InsyaAllah. Senyum. Allah ada bersama-sama orang yang sabar. Biarpun tiada yang memahami. Biarpun lebih ramai yang menyalahkan. Sekalipun orang-orang terdekat dan paling dihormati. Keluh.

Aku kuat! Aku mampu berdiri sendiri sekalipun sering dipandang lemah oleh orang-orang sekeliling. Ingat! 

"Aku berharap satu hari nanti aku akan dapat rasa kasih sayang Allah ibarat Allah sedang memelukku. Setiap malam aku berharap. Biarlah hati ini tidak jauh dariNya. Sekalipun air mata tetap menitis setiap kali diuji"

"Allah, jika menitis lagi air mataku mencecah bumiMu, jadikanlah ia sebagai penghapus dosaku"

Senyum. Allah kan ada :)



Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...