12
Komen

Enam cara mengubati buruk sangka

Assalamualaikum dan salam sejahtera



"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujuraat, 49:12)


Setiap kita tidak lepas daripada berbuat kesalahan dan mengulangi kesilapan tersebut. Namun janganlah berasa diri kita teruk kerana itu hanya akan membuatkan kita berasa terganggu dan akan 'down' kan emosi kita. Apa akan berlaku jika emosi kita 'down'? Seluruh aktiviti, rancangan akan terganggu. Minda mengawal tubuh. Kita yang mengawal tubuh kita.


Merasa berdosa itu bagus. Perasaan itu akan membuatkan kita merasa ingin bertaubat dan memohon keampunan pada Ilahi. Perasaan berdosa itu merupakan satu anugerah daripada Ilahi buat hambaNya. Itu ketukan pada hati agar kembali menyembah Allah Yang Maha Agung. Itu tanda kasihNya terhadap kita.


Justeru, rebutlah peluang itu kerana hidayah itu merupakan anugerah terindah dariNya. 


Menyentuh sikit pada ayat Al-Quran di atas. Wahai sahabatku yang cantik, ayu, kacak, bergaya dan dikasihi Allah sekalian. Jauhilah berprasangka terhadap orang lain dan janganlah kita mengumpat tentang diri orang lain. Jauhi daripada mempunyai pemikiran yang buruk terhadap orang lain. Senang cerita begini, apa yang kita tak suka, atau tak mahu orang lain lakukan pada diri kita, maka janganlah kita melakukan hal tersebut kepada orang lain. Bagaimana kita ingin diri kita diperlakukan, begitulah juga kita harus lakukan kepada orang lain. Mudah bukan? Jaga hati kita. Jangan kotorkan hati kita.


''Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah dia itu adalah hati.''
Hadis Riwayat Bukhori


Berubah memang bukan mudah. Harus melalui pelbagai peringkat. Dan tak lupa juga, rintangan, halangan dan 'hadiah mulut' daripada orang sekeliling kita. Tetapi jangan kita lupa..


"Bermujahadah, berubah kepada baik memang pahit kerana syurga itu manis"


Step by step, nawaitu kerana Allah, insyaAllah berjaya ^_^


Kembali kepada tajuk utama. Enam cara mengubati buruk sangka. Panduan ini telah digariskan oleh Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur. Jom tengok cara-caranya ^_^



Berikut merupakan caranya :
 Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
 Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding kita.
 Jika bertemu orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
 Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
 Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin di suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang mereka lakukan.
 Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.


Moga kita sama-sama dapat berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah ^_^


"Manusia ni bila hati dia kotor, dia suka cerita buruk orang. Kalau hati dia bersih, dia tak suka cerita. Jadi, kita nak kenal hati kita kotor atau bersih, kita suka cerita buruk orang ataupun kita tumpang dengar. Kita boleh taulah kalau hati kita bersih atau kotor. ''
-Ustaz Azhar Idrus-





Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

12 comments:

Cik Kay Jue said...

saya suke ayat ni.."Bermujahadah, berubah kepada baik memang pahit kerana syurga itu manis"

mudah2 kita akan sentiasa bersangka baik pada semua orang.. :)

ciksukaberangan said...

ye Cik Kay Jue.. mudah-mudahan. amin :)

Cik Kay Jue said...

apa yang saya faham la dr apa yang awak tanya, awak nak tau yang orang tu da balas komen awak ke belum ea? setahu saya memang tak de.. kena check manual..

ciksukaberangan said...

Cik Kay Jue, uwargh~ :'(

Afiqah said...

nice awak :D
suka info ni ^^ tenang jee

Unknown said...

Salam,

Peringatan yg best! Saya suka! Thanks :)

Salam kenal~

ciksukaberangan said...

Detective Fiqa : ^_^

ciksukaberangan said...

MaryaYusof : wassalam. alhamdulillah welcome ^^

Cik Kay Jue said...

ciksukaberangan : hehehe.. nak buat macam mana.. tapi awak try la cari tutorial mana tau ada ke.. hehe..

ciksukaberangan said...

Cik Kay Jue : hehe.. insyaAllah ^^

fardhila fawwazy blogspot said...

insyaAllah..jom bersihkn hati kita n berubah kearah yg baik:D

ciksukaberangan said...

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ : insyaAllah. amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...