24
Komen

Buka aib sendiri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First of all, terima kasih kepada kawan-kawan yang komen pada entry lepas :) Alhamdulillah, Allah anugerahkan sahabat yang prihatin dengan keadaan diriku. Hehe ^___^

Okay, cerita tentang buka aib sendiri. Apa cer tuu? Boleh ke kita buka aib kita depan kawan-kawan? Eh kejap-kejap. Aib tu apa? Okay. Aib itu adalah sesuatu, atau perkara, mahupun kesilapan yang kita lakukan yang membawa malu terhadap diri sendiri. Haha. Boleh terima ke apa aku cakap ni? Grrr =,=  Tapi kalau menurut kamus dewan online, aib tu bermaksud berasa malu atau hina oleh sebab sesuatu yang tidak sopan. So, faham tak? Heee~ Aib ni elok ke kawan-kawan? Jawapan? Of course TIDAK. Sebab aib ni boleh menjatuhkan maruah seseorang, merendahkan kedudukannya di mata kawan-kawannya. Dan pada masa yang sama, boleh menjatuhkan nama baik keluarganya. Ish ish ish. Betapa hebat dan buruknya aib itu kan? 

Berbicara mengenai membuka aib sendiri. Apa pendapat kawan-kawan mengenainya? Dibolehkan ataupun tidak? Rasanya tak perlulah terlalu jujur dengan kawan-kawan. Oppss. Jujur itu tak salah, sangat digalakkan. Tetapi jangan TERLALU JUJUR sehingga menceritakan keaiban diri sendiri kepada orang lain. Bukan ke dalam doa duduk antara dua sujud, kita ada berdoa. "Wajburni" yang bermaksud, tutuplah aib-aibku. See, kita dan minta, berdoa pada Allah, minta tolong tutupkan aib-aib kita. Dan Allah perkenankan doa kita. Tapi kenapa lepas tu kita nak ceritakan kejahatan, keburukan yang telah kita lakukan kepada kawan-kawan kita? Think about it. Sebenarnya ada beberapa keburukan yang akan kita peroleh selepas menceritakan aib kita kepada orang lain.

1. Orang tersebut membuka aib kita pada kawannya.
-Yeah,hal ini memang tidak boleh dinafikan. Kadangkala tu, kita terlalu percaya dengan kawan kita sehinggakan semua rahsia kita nak diberitahu pada kawan kita tu. Percaya, memang boleh. Tetapi jangan terlalu mempercayai seseorang tu. Bukan suruh bersangka buruk. TIDAKLAH. Cuma manusia ni tidak pernah lepas daripada sifat alpa, dan melakukan kesalahan. Kita bersangka baik jelah. Mana tahu satu hari nanti, kawan kita tu, TERLEPAS CAKAP tentang aib kita dengan kawan-kawannya yang lain. Tak ke naya?

2. Merendahkan kedudukan kita di hadapan kawan-kawan.
-Mula-mula tu kawan kita ingat kita ni baiklah. Tapi lepas kita bagitahu tentang keburukan yang telah kita lakukan, dia mula berprasangka buruk dengan kita. Cop kita ni teruklah, perangai tak senonoh dan lain-lain. Memang tak semua akan buat macam ni, tapi kebanyakannya macam ni. Memikirkan kita ni seperti sempurna, tidak melakukan kesalahan, tetapi apabila melakukan kesilapan, mulalah fikir bukan-bukan. Nau'zubillah. Minta kita semua dijauhkan~

3. Mula berasa malu untuk bersosial
-Apabila telah menceritakan keburukan diri kepada orang lain, kita pun mulalah berasa malu nak tegur kawan-kawan kita tu. Rasa segan. Rasa diri tak perfect. 'Dorang dah tahu keburukan aku...malunya'

Macam tu lah lebih kurang. Maaf, ini penilaian dan pendapat aku. Dan rasanya pendapat kawan-kawan pun mesti ada kan? Kalau kurang bertepatan dengan pendapat aku, minta maaf ya? Membuka aib diri sendiri dengan kawan-kawan memang sangat tidak digalakkan. Selain daripada sebab di atas, keburukan yang lain adalah mungkin kawan kita itu akan meniru kesalahan yang kita lakukan. Terpengaruh. Sebab remaja mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran. Terutamanya dengan rakan-rakannya. Yeah, I'm a teenager and I know it. 


"Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat." (HR Ahmad).


And for those who makes mistake in their past life, lets repent. InsyaAllah, Allah will help us to get out from the world full with sins. Sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan permudahkan baginya dan menghadirkan orang-orang yang inginkan kebaikan dalam hidupnya. InsyaAllah. Ad dua silahul mukmin. Doa senjata orang mukmin. Rajin-rajinkan berdoa dan minta kawan-kawan sama-sama mendoakan perubahan kita ke arah kebaikan. Kawan-kawan tolong doakan sama ya?  

Oh, lupa. Apa pula pendapat kawan-kawan tentang menceritakan aib sendiri? Sila share pendapat kawan-kawan di ruangan kotak komen. Sekiranya ada kesilapan dalam penulisan aku kali ini, minta tolong betulkan ye? Terima kasih. Aku menulis bukan kerana ingin mencari nama tetapi aku menulis kerana inginkan kebenaran. Kita semua datang daripada latar belakang yang berbeza tetapi kita semua menuju ke arah yang sama ; mencari kebaikan dan reda Ilahi :)



Bismillahirrahmaanirrahiiim. Ya Allah, jadikanlah kami dan keluarga kami orang-orang yang mendirikan solat dan memelihara solat. Aaamiin

24 comments:

aku HaniAsyira said...

kadang2 takut bila citer pasal aib sendiri nanti org pikir lain pasal kita kan.. biarlah dia nampak sendiri yang buruk pada kita..

eh2, betul ke??

Eein Azryn said...

tak perlulah cerita tentang aib kita dekat kawan2 walau kawan paling rapat sekalipun. biar kita dengan Allah SWT je yang tau. :)

Unknown said...

jagalah aib sesama kita..I'Allah Allah juga akn jaga aib kita...=)

mirmashi94 said...

setuju sebenarnya ngan entry nie . hehe . kadang2 terlalu open pom x boleh . yupp , mungkin kita dah berubah dan x buat dah perkara2 yang bawa aib . tapi kita boleh 100% pasti ke yang kawan2 kita anggap kita mcm tue ? the past is the past . x kira laa setara mana kite cuba lari dari masa silam , it still there . even kite dah berubah , people yang x nampak perubahan kite still akan cop diri kita sama macam dulu , kan ? hehe . panjang pulak komen nie . harap x kisah ^^ . nice entry ! thumbs up ^.~

Maisarah Zukri said...

Kalau ngadu n share pd Allah boleh x? Hehehe. Gurau je.. Nway nice sharing..

ciksukaberangan said...

aku HaniAsyira : orang lain pk buruk tu satu hal gak kan~ tapi yang nampak sendiri buruk kita tu, tak sure ^_^''

ciksukaberangan said...

Eein Azryn : yeahhh . insyaAllah :)

ciksukaberangan said...

Miss Hitam Tapi Manis : yeee. terima kasih :)

ciksukaberangan said...

mirmashi94 : yeap. betol tu. orang still akan cop yang sama. even tak semua, but still some of them will. terima kasih :)

ciksukaberangan said...

Maisarah Zukri : itu yang sebaiknya ^__^

Afiqah said...

wott. entri ni sgt2 bermakna :D
hmmm aib ? buat apa kita nak jatuhkan maruah sendiri.
biarlah aib kita .kita sendiri yg tau ^^

ciksukaberangan said...

Detective Fiqa : betol ^^

Anonymous said...

tak payah bukak apa2..muhasabah diri lagi bagus.

Cik Kay Jue said...

adush.. terharunya CKJ huhu.. thanks untuk awak juga.. :P

ok da faham apa kah itu aib. alright ckj nak baca lagi..

betul juga kan tak boleh nak terlalu mempercayai orang sangat..

betul2.. nau'zubillah minta jauh. jauh sangat..

betul tu remaja memang mudah terpengaruh kalau tak kuat semangat dan jati diri.. betul tak awak? hehe..

betul tu.. kalau kita nak kan kebaikan insya Allah akan dipermudahkan dan dipertemukan kita dengan orang-orang yang sukakan kebaikan.. :) like yang ni awak!


:) pendapat tak de rasanya.. (ceh tak de konon.. komen punya panjang hehe maaf awak. :P)

ciksukaberangan said...

Cik Kay Jue : hehe. sama2 :)

itu aib definisi sendiri punye. btol tak, wallahuA'lam :D

yeah3. pcaya boleh, tapi jangan pcaya sangat..

betol3.. kalau tade jati diri n tak kuat semangat mudah tpgaruh. lagi2 saya >,<

yeah. insyaAllah. mudah2han. amin :)

hahaha.. suka lah komen panjang ni ^___^ terima kasih :)

ciksukaberangan said...

sis92 : insyaAllah. terima kasih :)

LiNda said...

setakat ni sy susah nk bercerita hal peribadi or aib sendiri kat org..sebb manusia blh berubah..

ciksukaberangan said...

LiNda : hehe. bagus la :D

Saya Disini said...

sy xsuka cerita pasal peribadi kt kawn2..semua kwn kata sy seorg yg berahsia..dh sekolah sm[pai la keje.sy rasa cam xperlu kut nk citer semua benda kt org..

ciksukaberangan said...

Saya Disini : wah. pendirian yang kuat! cayala~

Unknown said...

bt aapa nk bk aib orag?nanti aib sendiri terbuka...siapa yg malu...ingat...malu itu,separuh dari iman..

ciksukaberangan said...

izan mama mia : yeap2. malu sebahagian daripada iman. terima kasih :)

ReramaBiru said...

~nice entry dear..
kdg2 kita tak sedar pun kita sendiri yang bka aib kita sbb tue tak digalakkan terlalu byk bercakap kan takut yang keluar tue sesuatu yang tak patut :)

ciksukaberangan said...

BlueiceButterfly : err. thanks :) yeap2. kadang2 tak sedar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...